RUANG BICARA

Saturday, March 26, 2011

PROGRAM GOTONG-ROYONG PPKIBP 2011

Pada 26 Mac 2011 telah diadakan Program Gotong-Royong bagi menceriakan kawasan Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran(PPKIBP) bertempat di Sekolah Kebangsaan Hutan Melintang. Program ini telah mendapat sambutan baik daripada kalangan guru-guru, ibubapa serta kakitangan sekolah dengan mencatat kehadiran seramai 65 orang.









Setinggi-tinggi penghargaan buat ibubapa, guru-guru dan kakitangan sekolah yang menyumbang tenaga pada hari tersebut. Semoga program ini dapat memberi kesan positif pada diri setiap individu yang mana lebih bermotivasi, bekerjasama dalam pasukan dan dapat mengatasi masalah yang timbul. Diharapkan juga program ini dapat diteruskan dimasa-masa akan datang.


Sunday, February 13, 2011

SAMBUTAN MAULIDUL RASUL SKHM 2011

Sambutan Maulidul Rasul peringkat sekolah telah diadakan pada 14 Februari 2011. Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada panitia agama islam kerana telah berjaya menganjurkan program sambutan tersebut. Murid PPKI SK Hutan Melintang tidak ketinggalan untuk sama-sama turut serta dalam sambutan tersebut. Majlis dimulakan dengan perarakan dari jalan masuk utama sekolah hingga ke dewan terbuka sambil berselawat ke atas Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Kemudian majlis diteruskan dengan bacaan Al-Quran, deklamasi sajak dan seterusnya ceramah daripada Ustaz Suhaimi Samuri.




PROJEK KHAS PERKEBUNAN 2011

Murid-murid kelas 2 ( Bakawali ) telah memulakan projek khas perkebunan di bawah bimbingan En Mohd Noor Ridzuan Husin. Tanah terbiar di tepi pagar padang sekolah menjadi tapak perkebunan yang akan sama-sama diusahakan oleh murid-murid seramai 7 orang dari kelas Bakawali iaitu Zulhilmi, Helmie, Nabilla, Syuhada, Mahendran, Song dan Tan.

Beginilah keadaan tapak perkebunan pada mulanya yang masih dipenuhi dengan rumput dan lalang yang telah diracun.



Lalang dan rumput yang telah diracun tersebut kemudiannya di bakar untuk memulakan projek pertanian yang dirancang.




Setelah murid-murid diperkenalkan dengan alatan-alatan pertanian, kawasan pertanian yang telah dibakar kemudiannya dibersihkan. Rumput-rumput telah dibuang dan kawasan pertanian telah siap sedia untuk diusahakan.


Kawasan Pertanian yang akan diusahakan

Tuesday, January 18, 2011

SELAMAT DATANG KE PPKI SK HUTAN MELINTANG

Seluruh warga PPKI SK HUTAN MELINTANG mengucapkan selamat datang kepada Pn.Rosliza bt Mat Lazim (Pembantu Pengurusan Murid N17) yang memulakan tugas di SKHM pada 17 Januari 2011.

JASAMU DIKENANG


Seluruh warga SK Hutan Melintang terutama warga pendidikan khas mengucapkan selamat bertugas di tempat baru kepada bekas Penyelaras PPKI SK Hutan Melintang, Tn Hj Mohd Khalid Bin Adnan yang telah memulakan tugas di SK Parit bermula 17 Januari 2010 yang lalu. Jasa dan baktimu di SKHM amat-amat dihargai.
Tn Hj Khalid merupakan individu yang bertanggungjawab dalam pembangunan pendidikan khas di SKHM. Beliau lah yang telah bertungkus-lumus sewaktu kelas pendidikan khas mula-mula dibuka di SKHM pada Mac 2009. Selama hampir dua tahun di SKHM, beliau telah banyak menyumbang bakti dan keringat beliau bersama warga PPKI SKHM.
Kehilangan beliau amat dirasai oleh seluruh warga PPKI SKHM kerana beliau adalah seorang yang sangat ramah dan amat komited dalam kerjanya. Beliau juga amat disayangi oleh murid-murid kerana perwatakannya yang bersahaja dan selalu berjenaka.
Seluruh warga sekolah merakamkan jutaan terima kasih atas jasa bakti yang telah dicurahkan sepanjang berada di SKHM. Semoga Tn Hj Khalid sentiasa berada dalam rahmat ALLAH SWT.

Monday, May 17, 2010

GOTONG ROYONG PERDANA





Pada 15 Mei 2010 ( SABTU ), satu program gotong royong perdana telah diadakan di SK Hutan Melintang. Pelbagai aktiviti telah dijalankan pada hari tersebut antaranya ialah membersihkan seluruh kawasan kelas pendidikan khas, membina kawasan rekreasi dan projek pertanian. Ibu bapa turut dijemput memeriahkan aktiviti tersebut dan sambutannya sungguh menggalakkan.

PROGRAM USAHAWAN SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2010




Bersempena dengan sambutan hari guru peringkat sekolah 2010, Program pendidikan khas integrasi SK Hutan Melintang telah mengadakan hari keusahawanan selama seminggu. Pelbagai jualan dijalankan sepanjang minggu bermula 10 Mei 2010 hingga 14 Mei 2010 antaranya cenderahati hari guru seperti bunga dan kad ucapan. Selain itu, gula-gula, aiskrim dan makanan ringan turut di jual sepanjang minggu tersebut. Sambutan sungguh menggalakkan daripada semua murid dan warga SK Hutan Melintang

Thursday, May 6, 2010

MURID PENDIDIKAN KHAS

PERSARAAN USTAZAH SEAM ( PK HEM SKMH)




Selamat bersara di ucapkan kepada Penolong Kanan HEM SKHM, Pn Hjh Seam Bt Ahamad yang menamatkan tugas pada 3Mei2010. Warga Pendidikan Khas mengucapkan jutaan terima kasih di atas segala jasa beliau kepada pihak sekolah dan pendidikan khas khasnya.

Wednesday, May 5, 2010

SUKAN PENDIDIKAN KHAS


Pelajar-pelajar Kelas Pendidikan Khas telah turut serta dalam acara sukan tahun kali ke 22 yang diadakan pada 5hb Mac 2010.