RUANG BICARA

Monday, May 17, 2010

GOTONG ROYONG PERDANA





Pada 15 Mei 2010 ( SABTU ), satu program gotong royong perdana telah diadakan di SK Hutan Melintang. Pelbagai aktiviti telah dijalankan pada hari tersebut antaranya ialah membersihkan seluruh kawasan kelas pendidikan khas, membina kawasan rekreasi dan projek pertanian. Ibu bapa turut dijemput memeriahkan aktiviti tersebut dan sambutannya sungguh menggalakkan.

PROGRAM USAHAWAN SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2010




Bersempena dengan sambutan hari guru peringkat sekolah 2010, Program pendidikan khas integrasi SK Hutan Melintang telah mengadakan hari keusahawanan selama seminggu. Pelbagai jualan dijalankan sepanjang minggu bermula 10 Mei 2010 hingga 14 Mei 2010 antaranya cenderahati hari guru seperti bunga dan kad ucapan. Selain itu, gula-gula, aiskrim dan makanan ringan turut di jual sepanjang minggu tersebut. Sambutan sungguh menggalakkan daripada semua murid dan warga SK Hutan Melintang

Thursday, May 6, 2010

MURID PENDIDIKAN KHAS

PERSARAAN USTAZAH SEAM ( PK HEM SKMH)




Selamat bersara di ucapkan kepada Penolong Kanan HEM SKHM, Pn Hjh Seam Bt Ahamad yang menamatkan tugas pada 3Mei2010. Warga Pendidikan Khas mengucapkan jutaan terima kasih di atas segala jasa beliau kepada pihak sekolah dan pendidikan khas khasnya.

Wednesday, May 5, 2010

SUKAN PENDIDIKAN KHAS


Pelajar-pelajar Kelas Pendidikan Khas telah turut serta dalam acara sukan tahun kali ke 22 yang diadakan pada 5hb Mac 2010.

Tuesday, May 4, 2010

JAMUAN PERPISAHAN CIKGU NOOR HAYATI




Warga Pendidikan Khas SKHM mengucapkan jutaan penghargaan kepada Cik Noor Hayati menjadi Guru Ganti menggantikan Pn Ros Nani (CUTI BERSALIN).Satu majlis jamuan ringan telah di adakan pada 26 April 2010.Majlis dimeriahkan dengan kehadiran Tuan Guru Besar, Tn Hj Kamalodin dan guru-guru penolong kanan.