RUANG BICARA

Sunday, September 30, 2012

WELCOME CIKGU NASHIHA !!

Selamat datang! Warga PPKI SK Hutan Melintang mengucapkan selamat datang kepada Cikgu Nashiha Hakim Binti Mohamed Nasir ke SKHM menggantikan Pn Ros Nani yang cuti bersalin.



Tuesday, September 18, 2012

TAHNIAH PN ROSNANI - newborn baby

Seluruh warga PPKI mengucapkan tahniah kepada Penyelaras PPKI, Pn Ros Nani Harun kerana telah selamat dianugerahkan cahaya mata ke-6 pada 13 September yang lalu.

NUR FATHIAH BT FADZIL



Friday, September 14, 2012

SAMBUTAN MERDEKARAYA SKHM

Sempena Hari Malaysia pada 16 September 2012 ahad ini, Kelab Staff SKHM telah menganjurkan satu sambutan HARI MALAYSIA + MERDEKA + HARI RAYA di dewan terbuka SKHM. Program yang dijalankan sungguh meriah disambut oleh seluruh warga SK Hutan Melintang. Majlis diserikan dengan kehadiran YDP PIBG SKHM, En Zainal Abidin Ibrahim.

Majlis telah dirasmikan oleh Tn Guru Besar, Tn Hj Kamalodin Bin Mohamad dalam satu upacara yang gilang gemilang. Majlis turut meraikan Tuan YDP PIBG dan En Azmi yang akan berangkat ke tanah suci pada tahun ini. Tidak lupa juga majlis turut meraikan dan memberi penghargaan kepada PK KOKO, En Azmi Shaffii yang akan bertukar tempat bertugas.

Perutusan Perdana Menteri Malaysia oleh En Ridzuan Husin

Sekitar suasana kemeriahan di dewan terbuka SKHM

Perasmian oleh Tn Hj Kamalodin Bin Mohamad

Ucapan En Azmi Shaffii ( PK KOKO ) yang akan bertukar ke SK Kg Bahagia

Cenderahati kepada En Azmi khas daripada warga PPKI

Gelagat murid lelaki PPKI

Gelagat murid perempuan PPKI

Persembahan Lagu Hari Raya murid-murid PPKI

Persembahan Nasyid murid-murid PPKI