RUANG BICARA

Saturday, November 17, 2012

SELAMAT PENGANTIN BARU CIKGU NANA

TAHNIAH..Semoga berbahagia hingga ke syurga..amin! - dari semua warga PPKI SK Hutan Melintang



Monday, November 12, 2012

MAJLIS SAMBUTAN HARI JADI DAN LAWATAN KE LUMUT

Pada 07 November 2012, telah diadakan lawatan sambil belajar dan majlis sambutan hari jadi bertempat di Marina Cove Resort, Lumut. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut;

1. Sukaneka
2. Sambutan Hari jadi
3. Bermain di Taman Tema Air

**GAMBAR AKAN DIUPLOAD KEMUDIAN**

Tuesday, November 6, 2012

MAHRAJAN KESENIAN ISLAM 2012

TAHNIAH kepada semua peserta-peserta PPKI SK HUTAN MELINTANG kerana telah mengharumkan nama SK Hutan Melintang dalam MAHRAJAN KESENIAN ISLAM Peringkat Daerah Hilir Perak yang bertempat di SK Seri Intan pada 6 November 2012

KEPUTUSAN :

Ke 3 Nasyid - Kumpulan Soutul Faizin SK Hutan Melintang
Ke 3 Azan - Adik Helmie
Ke 3 Bercerita - Adik Nur Jannah Bt Mohd Tahir





WELCOME TO PPKI SK HUTAN MELINTANG

Seluruh warga PPKI SK Hutan Melintang mengucapkan selamat datang kepada Pn.Norazura bt Mohamad Noor,Pembantu Pengurusan Murid,N17.


Wednesday, October 31, 2012

KEM BESTARI SOLAT PENDIDIKAN KHAS

Kem Bestari Solat 2012 anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Perak telah diadakan pada 30 dan 31 Oktober 2012 bertempat di Pusat Kegiatan Pelajar Lambor Kanan, Perak. Kem ini dilaksanakan oleh PPKI daerah Perak Tengah dan telah disertai oleh 68 orang murid dari sekolah-sekolah di Perak Tengah serta murid dan guru-guru dari 7 buah lagi daerah yang terpilih. 

Helmie, Zulhilmi dan Shahrul dari SK Hutan Melintang telah terpilih untuk mewakili daerah Hilir Perak dan En Mohd Noor Ridzuan telah menjadi fasilitator sepanjang kem. Perjalanan kem sangat lancar dan murid-murid sangat gembira dan seronok mengikuti segala aktiviti yang sangat menarik dan berfaedah.











                   

Tuesday, October 16, 2012

UJIAN AKHIR TAHUN 2012

Peperiksaan Akhir Tahun PPKI SK Hutan Melintang dijalankan serentak bersama-sama murid-murid aliran perdana bermula 15 Oktober 2012 hingga 18 Oktober 2012

Kelas 1

Kelas 2


Sunday, September 30, 2012

WELCOME CIKGU NASHIHA !!

Selamat datang! Warga PPKI SK Hutan Melintang mengucapkan selamat datang kepada Cikgu Nashiha Hakim Binti Mohamed Nasir ke SKHM menggantikan Pn Ros Nani yang cuti bersalin.



Tuesday, September 18, 2012

TAHNIAH PN ROSNANI - newborn baby

Seluruh warga PPKI mengucapkan tahniah kepada Penyelaras PPKI, Pn Ros Nani Harun kerana telah selamat dianugerahkan cahaya mata ke-6 pada 13 September yang lalu.

NUR FATHIAH BT FADZIL



Friday, September 14, 2012

SAMBUTAN MERDEKARAYA SKHM

Sempena Hari Malaysia pada 16 September 2012 ahad ini, Kelab Staff SKHM telah menganjurkan satu sambutan HARI MALAYSIA + MERDEKA + HARI RAYA di dewan terbuka SKHM. Program yang dijalankan sungguh meriah disambut oleh seluruh warga SK Hutan Melintang. Majlis diserikan dengan kehadiran YDP PIBG SKHM, En Zainal Abidin Ibrahim.

Majlis telah dirasmikan oleh Tn Guru Besar, Tn Hj Kamalodin Bin Mohamad dalam satu upacara yang gilang gemilang. Majlis turut meraikan Tuan YDP PIBG dan En Azmi yang akan berangkat ke tanah suci pada tahun ini. Tidak lupa juga majlis turut meraikan dan memberi penghargaan kepada PK KOKO, En Azmi Shaffii yang akan bertukar tempat bertugas.

Perutusan Perdana Menteri Malaysia oleh En Ridzuan Husin

Sekitar suasana kemeriahan di dewan terbuka SKHM

Perasmian oleh Tn Hj Kamalodin Bin Mohamad

Ucapan En Azmi Shaffii ( PK KOKO ) yang akan bertukar ke SK Kg Bahagia

Cenderahati kepada En Azmi khas daripada warga PPKI

Gelagat murid lelaki PPKI

Gelagat murid perempuan PPKI

Persembahan Lagu Hari Raya murid-murid PPKI

Persembahan Nasyid murid-murid PPKI

Sunday, August 26, 2012

Tuesday, August 14, 2012

KAD RAYA OH KAD RAYA

Aktiviti di bulan Ramadhan 
' mari membuat kad ucapan hari raya '
Rabu 15 Ogos 2012 = 26 Ramadhan