RUANG BICARA

Saturday, January 26, 2013

SAMBUTAN MAULIDUL RASUL 1434H

JUMAAT 25/01/13 - Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah telah diadakan dengan meriah. Anak-anak istimewa PPKI juga tidak ketinggalan menjayakan sambutan ini. Sambutan telah dimulakan dengan bacaan yasin, perarakan sepanduk mengelilingi sekolah, ceramah dan diakhiri dengan jamuan. Tahniah diucapkan kepada Panitia Pendidikan Islam yang telah menjayakan program tersebut.

Wednesday, January 23, 2013

LARIAN MERENTAS DESA SKHM 2013

RABU 23/01/13 - Telah berlangsungnya larian Merentas Desa Peringkat Sekolah melibatkan semua murid tahun 3,4,5 dan 6. Ianya turut disertai oleh 5 orang murid Pendidikan Khas yang bertanding bagi kategori Pendidikan Khas. Acara bermula tepat jam 2.55 petang itu bermula di perkarangan pintu masuk SK Hutan Melintang dan telah dilepaskan oleh Tuan Guru Besar, Tn Haji Kamalodin Bin Mohamad. Larian sejauh 3km yang melalui kawasan-kawasan desa sekeliling sekolah itu berjalan dengan sangat lancar dengan dibantu oleh guru-guru dan kakitangan SK Hutan Melintang serta bantuan daripada pihak PDRM.

Berikut adalah keputusan bagi kategori Pendidikan Khas :
  1. Helmie
  2. Nur Jannah
  3. Zulhilmi
  4. Ainnur Nabila
  5. Siti Rozahyati


Monday, January 21, 2013

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN

Majlis Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan RM 100 telah diadakan pada 21.1.2013 dan telah disampaikan oleh YAB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Bagan Datoh.







Wednesday, January 16, 2013

SELAMAT DATANG KE PPKI SKHM

Warga PPKI mengucapkan selamat datang ke SKHM kepada Pn Nurulhuda Bt Umar, Guru Pendidikan Islam J-Qaf yang bertukar dari SK Ulu Bernam dan Cik Noorakiah bt Mat Razali yang menjalani Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah selama 18 bulan dalam Program Diploma Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (DPLI-SR) JQAF.


Pn Nurulhuda Bt Umar

Cik Noorakiah Bt Mat Razali