RUANG BICARA

Sunday, February 13, 2011

SAMBUTAN MAULIDUL RASUL SKHM 2011

Sambutan Maulidul Rasul peringkat sekolah telah diadakan pada 14 Februari 2011. Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada panitia agama islam kerana telah berjaya menganjurkan program sambutan tersebut. Murid PPKI SK Hutan Melintang tidak ketinggalan untuk sama-sama turut serta dalam sambutan tersebut. Majlis dimulakan dengan perarakan dari jalan masuk utama sekolah hingga ke dewan terbuka sambil berselawat ke atas Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Kemudian majlis diteruskan dengan bacaan Al-Quran, deklamasi sajak dan seterusnya ceramah daripada Ustaz Suhaimi Samuri.




PROJEK KHAS PERKEBUNAN 2011

Murid-murid kelas 2 ( Bakawali ) telah memulakan projek khas perkebunan di bawah bimbingan En Mohd Noor Ridzuan Husin. Tanah terbiar di tepi pagar padang sekolah menjadi tapak perkebunan yang akan sama-sama diusahakan oleh murid-murid seramai 7 orang dari kelas Bakawali iaitu Zulhilmi, Helmie, Nabilla, Syuhada, Mahendran, Song dan Tan.

Beginilah keadaan tapak perkebunan pada mulanya yang masih dipenuhi dengan rumput dan lalang yang telah diracun.



Lalang dan rumput yang telah diracun tersebut kemudiannya di bakar untuk memulakan projek pertanian yang dirancang.




Setelah murid-murid diperkenalkan dengan alatan-alatan pertanian, kawasan pertanian yang telah dibakar kemudiannya dibersihkan. Rumput-rumput telah dibuang dan kawasan pertanian telah siap sedia untuk diusahakan.


Kawasan Pertanian yang akan diusahakan