RUANG BICARA

Tuesday, January 18, 2011

SELAMAT DATANG KE PPKI SK HUTAN MELINTANG

Seluruh warga PPKI SK HUTAN MELINTANG mengucapkan selamat datang kepada Pn.Rosliza bt Mat Lazim (Pembantu Pengurusan Murid N17) yang memulakan tugas di SKHM pada 17 Januari 2011.

JASAMU DIKENANG


Seluruh warga SK Hutan Melintang terutama warga pendidikan khas mengucapkan selamat bertugas di tempat baru kepada bekas Penyelaras PPKI SK Hutan Melintang, Tn Hj Mohd Khalid Bin Adnan yang telah memulakan tugas di SK Parit bermula 17 Januari 2010 yang lalu. Jasa dan baktimu di SKHM amat-amat dihargai.
Tn Hj Khalid merupakan individu yang bertanggungjawab dalam pembangunan pendidikan khas di SKHM. Beliau lah yang telah bertungkus-lumus sewaktu kelas pendidikan khas mula-mula dibuka di SKHM pada Mac 2009. Selama hampir dua tahun di SKHM, beliau telah banyak menyumbang bakti dan keringat beliau bersama warga PPKI SKHM.
Kehilangan beliau amat dirasai oleh seluruh warga PPKI SKHM kerana beliau adalah seorang yang sangat ramah dan amat komited dalam kerjanya. Beliau juga amat disayangi oleh murid-murid kerana perwatakannya yang bersahaja dan selalu berjenaka.
Seluruh warga sekolah merakamkan jutaan terima kasih atas jasa bakti yang telah dicurahkan sepanjang berada di SKHM. Semoga Tn Hj Khalid sentiasa berada dalam rahmat ALLAH SWT.