RUANG BICARA

Sunday, April 28, 2013

BOLA JARING PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT NEGERI PERAK

TAHNIAH diucapkan kepada wakil tunggal PPKI SK Hutan Melintang, adik Nur Jannah Bt Mohd Tahir yang telah mewakili daerah Hilir Perak pada Kejohanan Bola Jaring Pendidikan Khas Peringkat Negeri Perak pada 27 April 2013 di Bagan Serai( Daerah Kerian )

Daerah Hilir Perak telah mendapat Naib Johan





Friday, April 19, 2013

PERKHEMAHAN PENGAKAP DAN KEM SOLAT

Satu Program Perkhemahan Pengakap dan Kem Solat Pendidikan Khas Integrasi Hilir Perak anjuran Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak telah diadakan pada 16-18 April 2013 bertempat di Pusat Ko Kurikulum Pangkor.

Seramai 4 orang murid PPKI SK Hutan Melintang iaitu Zulhilmi, Helmie, Shahrul dan Rozahyati telah terpilih untuk mengikuti program 3 hari 2 malam tersebut bersama guru pengiring Cik Kalpana.








Friday, April 12, 2013

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG PERINGKAT NEGERI PERAK 2013

KHAMIS 11 APRIL 2013 - Telah berlangsungnya Kejohanan Balapan dan Padang Peringkat Negeri Perak bertempat di Stadium Mini SMK Gunung Rapat, Ipoh. Kontinjen Hilir Perak seramai 11 orang guru dan 29 orang murid bertolak pada petang Rabu dan menginap satu malam di Unit Sukan Pasir Puteh Ipoh.

3 orang murid dari SK Hutan Melintang terpilih mewakili daerah Hilir Perak pada Kejohanan berprestij ini iaitu :

NUR JANNAH BT MOHD TAHIR       - 200m dan Lontar Peluru
ZULHILMI BIN KAMARUZAMAN       - 100m dan 200m
HELMIE                         - 100m dan Lompat Jauh