RUANG BICARA

Friday, April 29, 2011

PROGRAM TERAPI BOWLING PPKIBP 2011

Pada 14 April 2011 yang lalu, kelas Pendidikan Khas SK Hutan Melintang telah mengadakan aktiviti Terapi Bowling bertempat di Pusat Bowling, Sitiawan. Aktiviti ini telah disertai oleh 14 orang murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), 4 orang guru dan 2 orang Pembantu Pengurusan Murid(PPM).





Daripada program ini, murid-murid dapat menyesuaikan diri dengan komuniti luar, berdikari, berdisiplin serta berjaya menunjukkan potensi diri dan bakat dalam permainan bowling. Semoga program luar kelas seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa-masa akan datang.

Saturday, April 16, 2011

KEJOHANAN OLAHRAGA OLIMPIK KHAS

Satu Kejohanan Olahraga Olimpik Khas telah diadakan pada 16 April 2011 yang bertempat di Padang Majlis Perbandaran Teluk Intan. Kejohanan olahraga ini adalah anjuran daripada Bethany Home yang turut melibatkan beberapa buah sekolah dan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK). Antara sekolah yang turut serta dalam menjayakan kejohanan ini ialah SK Sg. Jejawi, SMK Raja Muda Musa, SMK Semangat Waja dan SK Hutan Melintang. Pusat PDK yang turut menghantar peserta bagi kejonan ini ialah PDK Permatang Kundung, Setiawan dan PDK Sg. Manila, Sg. Samak. Kejohan ini juga turut mendapat khidmat sukarelawan daripada pihak St. John Ambulans Malaysia dan pasukan Tunas Puteri dari sekolah rendah yang berhampiran.


Murid-murid yang berjaya mendapat tempat dalam pertandingan yang dipertandingkan ialah:

1. Nur Jannah - Lompat Jauh (Johan)
2. Nor Suzila - Lompat Berdiri (Naib Johan)
3. Sharul Ridzuan - Lumba lari 100 meter (Tempat ke-5)
4. Ainur Nabilla - Baling Bola Lisut (Johan)
5. Razali - Baling Bola Lisut (Tempat ke-3)
6. Syuhadah - Baling Bola Lisut (Tempat ke-7)
7. Zulhelmi - Baling Bola Lisut (Tempat ke-5)

Diharapkan dengan adanya kejohan seperti ini akan membuka lagi minda masyarakat bahawa golongan-golongan seperti ini juga mampu menaikkan sesuatu institusi atau negara dalam bidang sukan selain dapat memberi satu pengalaman yang bermakna dalam hidup mereka.