RUANG BICARA

Tuesday, October 16, 2012

UJIAN AKHIR TAHUN 2012

Peperiksaan Akhir Tahun PPKI SK Hutan Melintang dijalankan serentak bersama-sama murid-murid aliran perdana bermula 15 Oktober 2012 hingga 18 Oktober 2012

Kelas 1

Kelas 2


Sunday, September 30, 2012

WELCOME CIKGU NASHIHA !!

Selamat datang! Warga PPKI SK Hutan Melintang mengucapkan selamat datang kepada Cikgu Nashiha Hakim Binti Mohamed Nasir ke SKHM menggantikan Pn Ros Nani yang cuti bersalin.



Tuesday, September 18, 2012

TAHNIAH PN ROSNANI - newborn baby

Seluruh warga PPKI mengucapkan tahniah kepada Penyelaras PPKI, Pn Ros Nani Harun kerana telah selamat dianugerahkan cahaya mata ke-6 pada 13 September yang lalu.

NUR FATHIAH BT FADZIL



Friday, September 14, 2012

SAMBUTAN MERDEKARAYA SKHM

Sempena Hari Malaysia pada 16 September 2012 ahad ini, Kelab Staff SKHM telah menganjurkan satu sambutan HARI MALAYSIA + MERDEKA + HARI RAYA di dewan terbuka SKHM. Program yang dijalankan sungguh meriah disambut oleh seluruh warga SK Hutan Melintang. Majlis diserikan dengan kehadiran YDP PIBG SKHM, En Zainal Abidin Ibrahim.

Majlis telah dirasmikan oleh Tn Guru Besar, Tn Hj Kamalodin Bin Mohamad dalam satu upacara yang gilang gemilang. Majlis turut meraikan Tuan YDP PIBG dan En Azmi yang akan berangkat ke tanah suci pada tahun ini. Tidak lupa juga majlis turut meraikan dan memberi penghargaan kepada PK KOKO, En Azmi Shaffii yang akan bertukar tempat bertugas.

Perutusan Perdana Menteri Malaysia oleh En Ridzuan Husin

Sekitar suasana kemeriahan di dewan terbuka SKHM

Perasmian oleh Tn Hj Kamalodin Bin Mohamad

Ucapan En Azmi Shaffii ( PK KOKO ) yang akan bertukar ke SK Kg Bahagia

Cenderahati kepada En Azmi khas daripada warga PPKI

Gelagat murid lelaki PPKI

Gelagat murid perempuan PPKI

Persembahan Lagu Hari Raya murid-murid PPKI

Persembahan Nasyid murid-murid PPKI

Sunday, August 26, 2012

Tuesday, August 14, 2012

KAD RAYA OH KAD RAYA

Aktiviti di bulan Ramadhan 
' mari membuat kad ucapan hari raya '
Rabu 15 Ogos 2012 = 26 Ramadhan 






Thursday, August 2, 2012

PROGRAM SEMPENA SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN

Program sempena menyambut hari Nuzul Al-Quran telah diadakan pada 3 Ogos 2012 bertempat di dewan terbuka SKHM dengan pengisian bacaan Yasin yang diketuai oleh Ustaz Fairuz dan ceramah yang disampaikan oleh penceramah jemputan Ustaz Mohd Izhar b. Zakaria dari SK Teluk Buloh.
Semua murid dan guru yang beragama Islam telah bersama-sama melibatkan diri dalam program ini tidak terkecuali murid-murid istimewa PPKI

Ustaz Mohd Izhar Zakaria - SK Teluk Buloh
Sebahagian murid-murid PPKI bersama dengan murid-murid perdana


Wednesday, August 1, 2012

PERTANDINGAN BERCERITA PPKI PERINGKAT NEGERI PERAK 2012

Johan Pertandingan Bercerita peringkat daerah Hilir Perak, adik Nur Jannah Bt Mohd Tahir sekali lagi telah mengharumkan nama Sekolah Kebangsaan Hutan Melintang apabila telah muncul Naib Johan Pertandingan Bercerita Peringkat Negeri Perak yang telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas, Ipoh.

Peserta Ke 10

Jannah bersama Penyelaras PPKI, Pn Ros Nani

Ibu juga hadir untuk memberi semangat