RUANG BICARA

Wednesday, August 1, 2012

TAKLIMAT PENGURUSAN ELAUN MURID KHAS BERSAMA IBU BAPA PENJAGA

Pada 25 Julai 2012 yang lalu telah diadakan satu perjumpaan ibu bapa dan penjaga murid bersama-sama dengan pihak pentadbiran sekolah. Perjumpaan ini dipengerusikan oleh Guru Besar SK Hutan Melintang, Tn Hj Kamalodin Bin Mohamad bertujuan untuk memberikan sedikit taklimat mengenai Elaun Murid Khas agar sebarang kemusykilan dapat diatasi demi manfaat bersama dan mengelak sebarang kesulitan pada masa akan datang.

Antara agenda Taklimat ialah :

1. Kata Aluan Pengerusi Majlis
2. Elaun Murid Khas
    2.1 Proses Penerimaan Elaun
    2.2 Cara Pengeluaran Elaun 
3. Sesi Soal Jawab

Tn Hj Kamalodin B Mohamad mempengerusikan Taklimat
Antara Ibu Bapa dan Penjaga yang hadir
Suasana sewaktu taklimat berlangsung
Tuan Guru Besar menyampaikan penghargaan kepada En Balakrishnan kerana telah banyak membantu dan memberi sumbangan dalam menjayakan semua aktiviti-aktiviti PPKI SK Hutan Melintang




KARNIVAL FUTSAL PPKI HILIR PERAK

Pada 18 Julai 2012, PPKI SK Hutan Melintang telah menghantar satu pasukan yang terdiri daripada 7 orang murid PPKI untuk menyertai Karnival Futsal Pendidikan Khas Daerah Hilir Perak 2012 yang bertempat di Arena Square Teluk Intan.

SKHM telah diundi di Kumpulan A bersama-sama dengan SK Simpang Tiga dan SK Perempuan Methodist. Walaubagaimanapun SKHM telah tewas kedua-dua perlawanan peringkat kumpulan tersebut. Semangat yang ditunjukkan oleh pemain-pemain SKHM amatlah terbaik dan diharap pasukan futsal PPKI SKHM akan mencapai kejayaan yang lebih baik lagi di masa hadapan.


Pasukan Futsal PPKI SK Hutan Melintang
Helmie
Penyerang - Helmie dan Shahrul
Penjaga Gol - Zulhilmi
Pertahanan - Kumareasan
Keseluruhan Sekolah-sekolah yang menyertai Karnival Futsal


BELAJAR SAMBIL MELAWAT KE KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA

Pada 12 Julai 2012, telah diadakan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur dan Putrajaya. Lawatan ini telah dianjurkan oleh PPKI SK Sg Jejawi dengan kerjasama PPKI SK Hutan Melintang. Antara tempat-tempat yang dilawati adalah seperti berikut;

1. Pusat Sains Negara
2. Masjid Putrajaya
3. Alamanda Putrajaya

Lawatan ini memberi peluang kepada murid-murid menimba seberapa banyak ilmu dan pengetahuan melalui pengalaman melawat ke sesuatu tempat. Melalui pendedahan begini, murid bukan saja dapat pengalaman baru malah dapat membantu mereka meningkatkan keyakinan diri dan konsep kendiri yang positif apabila berada dalam linkungan masyarakat luar.

Sarapan Pagi di Kuala Selangor



Pusat Sains Negara
Masjid Putrajaya
Bangunan Persekutuan Putrajaya
Bowling di Alamanda Putrajaya




PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR 2012

Peperiksaan Percubaan UPSR 2012
Adik Nur Jannah Bt Mohd Tahir

KELAS PENDIDIKAN KHAS 2012

Depan dari kiri : Nurul, Thines, Pn Nazwa, Cik Kalpana, En Ridzuan, Tn Hj Kamalodin, Pn Ros Nani, Cik Hasanah, Pn Hawa, Pn Maizatul

Belakang dari kiri : Pn Rosliza, Thaqif, Mahendran, Annuar, Shahrul, Helmie, Kumareasan, Zulhilmi, Nabilla, Syuhada, Sue Haidah, Fatima, Uzma

JAMUAN KESYUKURAN PENDIDIKAN KHAS







HARI INTERAKSI BERSAMA IBU BAPA





KEJOHANAN PETANQ PPKI DAERAH HILIR PERAK

SK Hutan Melintang telah menjadi penganjur bersama SMK Hutan Melintang Pertandingan Pentanq Daerah Hilir Perak yang telah diadakan pada 27 Jun 2012.Pertandingan telah berjalan dengan baik dan agak membanggakan Pasukan Trio Perempuan SK Hutan Melintang telah menjadi Naib Johan dalam pertandingan tersebut.

Peserta-peserta bersama guru pengiring

Guru Besar SK Hutan Melintang, Tuan Hj.Kamalodin turut hadir memberikan sokongan.

Pertandingan Akhir 
SK HUTAN MELINTANG VS SK SIMPANG TIGA

Aksi Perlawanan Akhir

Guru Pengiring

Pegawai Jemputan dari SK Hutan Melintang



Tuesday, May 15, 2012

ATLIT TERBAIK PPKI SK HUTAN MELINTANG 2012

TAHNIAH adik Nur Jannah Mohd Tahir kerana telah terpilih untuk pemilihan atlit olahraga Pendidikan Khas untuk mewakili daerah ke peringkat negeri dalam acara Lontar Peluru PJBP dan 200M PJBP



Telah menyertai Pertandingan Olahraga Pendidikan Khas Daerah Hilir Perak.

1. Johan = 200 M PJBP
2. Ke 3 = 100 M PJBP
3. Johan = Lontar Peluru PJLP
4. Ke 3 = 4 x 100 M

KEJOHANAN OLAHRAGA PENDIDIKAN KHAS DAERAH HILIR PERAK 2012

PPKI SK Hutan Melintang telah menghantar seramai 9 orang atlit untuk menyertai 11 acara pada Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Daerah Hilir Perak 2012 yang bertempat di Padang SK Seri Langkap pada 08/05/12 ( saringan ) dan 09/05/12 ( akhir ). Keputusan nya adalah sangat memberangsangkan di mana PPKI SKHutan Melintang telah merangkul 2 emas dan 4 gangsa. Berikut adalah keputusan penuh kejohanan melibatkan atlit PPKI SK Hutan Melintang :


Johan Lontar Peluru PJBP
Nur Jannah Bt Mohd Tahir

Johan 200M PJBP
Nur Jannah Bt Mohd Tahir

Ke-3 100M PJBP
Nur Jannah Bt Mohd Tahir 

Ke-3 Lompat Jauh LJBP
Helmie

Ke-3 50M LJDS
Mohd Thaqif Bin Adnan

Ke-3 4X100M PJBP
Nur Jannah Bt Mohd Tahir
Puspavalli A/P Ramalingam
Ainnur Nabila Bt Jaafaruddin
Wan Nur Syuhada Bt Wan Faizal

TAHNIAH buat semua atlit yang telah berjaya mengharumkan nama SK Hutan Melintang. Semoga Kejayaan demi kejayaan dapat dikecapi pada masa akan datang.