RUANG BICARA

Tuesday, May 15, 2012

ATLIT TERBAIK PPKI SK HUTAN MELINTANG 2012

TAHNIAH adik Nur Jannah Mohd Tahir kerana telah terpilih untuk pemilihan atlit olahraga Pendidikan Khas untuk mewakili daerah ke peringkat negeri dalam acara Lontar Peluru PJBP dan 200M PJBP



Telah menyertai Pertandingan Olahraga Pendidikan Khas Daerah Hilir Perak.

1. Johan = 200 M PJBP
2. Ke 3 = 100 M PJBP
3. Johan = Lontar Peluru PJLP
4. Ke 3 = 4 x 100 M

KEJOHANAN OLAHRAGA PENDIDIKAN KHAS DAERAH HILIR PERAK 2012

PPKI SK Hutan Melintang telah menghantar seramai 9 orang atlit untuk menyertai 11 acara pada Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Daerah Hilir Perak 2012 yang bertempat di Padang SK Seri Langkap pada 08/05/12 ( saringan ) dan 09/05/12 ( akhir ). Keputusan nya adalah sangat memberangsangkan di mana PPKI SKHutan Melintang telah merangkul 2 emas dan 4 gangsa. Berikut adalah keputusan penuh kejohanan melibatkan atlit PPKI SK Hutan Melintang :


Johan Lontar Peluru PJBP
Nur Jannah Bt Mohd Tahir

Johan 200M PJBP
Nur Jannah Bt Mohd Tahir

Ke-3 100M PJBP
Nur Jannah Bt Mohd Tahir 

Ke-3 Lompat Jauh LJBP
Helmie

Ke-3 50M LJDS
Mohd Thaqif Bin Adnan

Ke-3 4X100M PJBP
Nur Jannah Bt Mohd Tahir
Puspavalli A/P Ramalingam
Ainnur Nabila Bt Jaafaruddin
Wan Nur Syuhada Bt Wan Faizal

TAHNIAH buat semua atlit yang telah berjaya mengharumkan nama SK Hutan Melintang. Semoga Kejayaan demi kejayaan dapat dikecapi pada masa akan datang.

Thursday, October 13, 2011

MAHRAJAN KESENIAN ISLAM PPKI HILIR PERAK 2011

TAHNIAH kepada semua peserta-peserta PPKI kerana telah mengharumkan nama SK Hutan Melintang dalam Karnival Nasyid dan Tilawah Peringkat Daerah Hilir Perak di SMK Sultan Abdullah pada 13 Oktober 2011





Johan Pertandingan Bercerita - Adik Nur Jannah Mohd Tahir

Ke 3 Nasyid - Kumpulan Nasyid Nur Jannah SK Hutan Melintang

Ke 3 Hafazan - Adik Nur Suzila Zakaria

Friday, July 29, 2011

Thursday, June 23, 2011

TEMASYA SUKAN TAHUNAN KALI KE 23

KAMILAH JUARA!!!
Wajah-wajah ceria murid pendidikan khas serta guru-guru dan ibubapa selepas selesai acara Temasya Sukan Tahunan SKHM.

Pada 23 Jun 2011 bertempat di Padang SK Hutan Melintang telah diadakan Temasya Sukan Tahunan kali ke 23. Murid-Murid Pendidikan Khas turus serta dalam acara yang dipertandingkan seperti lari 100 meter, lari 50 meter dan acara sukaneka. Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang telah meraih kejayaan dalam acara yang disertai. Bagi yang tewas jangan berputus asa kerana menang dan kalah adalah adat resam dalam pertandingan. Terima kasih kepada semua pihak yang telah menyokong dan bekerjasama menjayakan acara sukan ini. Melalui aktiviti sukan seperti ini dapat memupuk semangat kesukanan dan kegigihan dalam diri setiap murid agar lebih cemerlang dan terbilang dalam setiap perkara yang dilakukan.


Wednesday, May 25, 2011

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MELAKA

Pada 25 dan 26 Mei 2011, telah diadakan lawatan sambil belajar ke Melaka. Lawatan ini telah dianjurkan oleh PPKI SK Rungkup, Selekoh dengan kerjasama PPKI SK Hutan Melintang. Antara tempat-tempat yang dilawati adalah seperti berikut;

1. Zoo Melaka
2. Taman Rama-Rama Dan Reptilia
3. Taman Mini Malaysia
4. Taman Lebah
5. Taman Buaya
6. Kota A Famosa
7. Dataran Pahlawan
8. Muzium Melaka

Lawatan ini memberi peluang kepada murid-murid menimba seberapa banyak ilmu dan pengetahuan melalui pengalaman melawat ke sesuatu tempat. Melalui pendedahan begini, murid bukan saja dapat pengalaman baru malah dapat membantu mereka meningkatkan keyakinan diri dan konsep kendiri yang positif apabila berada dalam linkungan masyarakat luar.








Thursday, May 5, 2011

Tuesday, May 3, 2011

HARI KOKURIKULUM PPKIBP 2011

Pada 28 April 2011, telah diadakan Hari Kokurikulum bagi Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) bertempat di padang SK Hutan Melintang. Turut serta menjayakan program tersebut ialah Encik Azmi, Penolong Kanan Kokurikulum SK Hutan Melintang. Pelbagai aktiviti dijalankan pada hari tersebut seperti kawad kaki, pertandingan memasang khemah, pertandingan memasak dan mencari harta karun. Murid-murid serta guru-guru PPKI memberikan kerjasama yang baik sepanjang program dijalankan.






Aktiviti ini dapat memberi kesan kepada pelajar agar lebih bersemangat kental bagi menghadapi cabaran, berdisiplin dan saling bekerjasama dalam mencapai sesuatu tujuan yang sama. Selain itu, melalui program ini dapat mengeratkan hubungan antara guru-guru dan murid-murid. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada penganjur yang bertungkus lumus memastikan program ini dijalankan dengan jayanya.

Friday, April 29, 2011

PROGRAM TERAPI BOWLING PPKIBP 2011

Pada 14 April 2011 yang lalu, kelas Pendidikan Khas SK Hutan Melintang telah mengadakan aktiviti Terapi Bowling bertempat di Pusat Bowling, Sitiawan. Aktiviti ini telah disertai oleh 14 orang murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), 4 orang guru dan 2 orang Pembantu Pengurusan Murid(PPM).





Daripada program ini, murid-murid dapat menyesuaikan diri dengan komuniti luar, berdikari, berdisiplin serta berjaya menunjukkan potensi diri dan bakat dalam permainan bowling. Semoga program luar kelas seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa-masa akan datang.

Saturday, April 16, 2011

KEJOHANAN OLAHRAGA OLIMPIK KHAS

Satu Kejohanan Olahraga Olimpik Khas telah diadakan pada 16 April 2011 yang bertempat di Padang Majlis Perbandaran Teluk Intan. Kejohanan olahraga ini adalah anjuran daripada Bethany Home yang turut melibatkan beberapa buah sekolah dan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK). Antara sekolah yang turut serta dalam menjayakan kejohanan ini ialah SK Sg. Jejawi, SMK Raja Muda Musa, SMK Semangat Waja dan SK Hutan Melintang. Pusat PDK yang turut menghantar peserta bagi kejonan ini ialah PDK Permatang Kundung, Setiawan dan PDK Sg. Manila, Sg. Samak. Kejohan ini juga turut mendapat khidmat sukarelawan daripada pihak St. John Ambulans Malaysia dan pasukan Tunas Puteri dari sekolah rendah yang berhampiran.


Murid-murid yang berjaya mendapat tempat dalam pertandingan yang dipertandingkan ialah:

1. Nur Jannah - Lompat Jauh (Johan)
2. Nor Suzila - Lompat Berdiri (Naib Johan)
3. Sharul Ridzuan - Lumba lari 100 meter (Tempat ke-5)
4. Ainur Nabilla - Baling Bola Lisut (Johan)
5. Razali - Baling Bola Lisut (Tempat ke-3)
6. Syuhadah - Baling Bola Lisut (Tempat ke-7)
7. Zulhelmi - Baling Bola Lisut (Tempat ke-5)

Diharapkan dengan adanya kejohan seperti ini akan membuka lagi minda masyarakat bahawa golongan-golongan seperti ini juga mampu menaikkan sesuatu institusi atau negara dalam bidang sukan selain dapat memberi satu pengalaman yang bermakna dalam hidup mereka.