Majlis Pertunangan Cik Norhasanah Ramlee
36400 HUTAN MELINTANG, PERAK DARUL RIDZUAN TEL : 05 5412889 FAX : 05 6412075

RUANG BICARA
Sunday, August 26, 2012
Tuesday, August 14, 2012
Thursday, August 2, 2012
PROGRAM SEMPENA SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN
Program sempena menyambut hari Nuzul Al-Quran telah diadakan pada 3 Ogos 2012 bertempat di dewan terbuka SKHM dengan pengisian bacaan Yasin yang diketuai oleh Ustaz Fairuz dan ceramah yang disampaikan oleh penceramah jemputan Ustaz Mohd Izhar b. Zakaria dari SK Teluk Buloh.
Semua murid dan guru yang beragama Islam telah bersama-sama melibatkan diri dalam program ini tidak terkecuali murid-murid istimewa PPKI
Ustaz Mohd Izhar Zakaria - SK Teluk Buloh |
![]() |
Sebahagian murid-murid PPKI bersama dengan murid-murid perdana |
Wednesday, August 1, 2012
PERTANDINGAN BERCERITA PPKI PERINGKAT NEGERI PERAK 2012
Johan Pertandingan Bercerita peringkat daerah Hilir Perak, adik Nur Jannah Bt Mohd Tahir sekali lagi telah mengharumkan nama Sekolah Kebangsaan Hutan Melintang apabila telah muncul Naib Johan Pertandingan Bercerita Peringkat Negeri Perak yang telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas, Ipoh.
![]() |
Peserta Ke 10 |
![]() |
Jannah bersama Penyelaras PPKI, Pn Ros Nani |
![]() |
Ibu juga hadir untuk memberi semangat |
TAKLIMAT PENGURUSAN ELAUN MURID KHAS BERSAMA IBU BAPA PENJAGA
Pada 25 Julai 2012 yang lalu telah diadakan satu perjumpaan ibu bapa dan penjaga murid bersama-sama dengan pihak pentadbiran sekolah. Perjumpaan ini dipengerusikan oleh Guru Besar SK Hutan Melintang, Tn Hj Kamalodin Bin Mohamad bertujuan untuk memberikan sedikit taklimat mengenai Elaun Murid Khas agar sebarang kemusykilan dapat diatasi demi manfaat bersama dan mengelak sebarang kesulitan pada masa akan datang.
Antara agenda Taklimat ialah :
1. Kata Aluan Pengerusi Majlis
2. Elaun Murid Khas
2.1 Proses Penerimaan Elaun
2.2 Cara Pengeluaran Elaun
3. Sesi Soal Jawab
![]() |
Tn Hj Kamalodin B Mohamad mempengerusikan Taklimat |
![]() |
Antara Ibu Bapa dan Penjaga yang hadir |
![]() |
Suasana sewaktu taklimat berlangsung |
![]() |
Tuan Guru Besar menyampaikan penghargaan kepada En Balakrishnan kerana telah banyak membantu dan memberi sumbangan dalam menjayakan semua aktiviti-aktiviti PPKI SK Hutan Melintang |
KARNIVAL FUTSAL PPKI HILIR PERAK
Pada 18 Julai 2012, PPKI SK Hutan Melintang telah menghantar satu pasukan yang terdiri daripada 7 orang murid PPKI untuk menyertai Karnival Futsal Pendidikan Khas Daerah Hilir Perak 2012 yang bertempat di Arena Square Teluk Intan.
SKHM telah diundi di Kumpulan A bersama-sama dengan SK Simpang Tiga dan SK Perempuan Methodist. Walaubagaimanapun SKHM telah tewas kedua-dua perlawanan peringkat kumpulan tersebut. Semangat yang ditunjukkan oleh pemain-pemain SKHM amatlah terbaik dan diharap pasukan futsal PPKI SKHM akan mencapai kejayaan yang lebih baik lagi di masa hadapan.
Pasukan Futsal PPKI SK Hutan Melintang |
Helmie |
Penyerang - Helmie dan Shahrul |
Penjaga Gol - Zulhilmi |
Pertahanan - Kumareasan |
Keseluruhan Sekolah-sekolah yang menyertai Karnival Futsal |
BELAJAR SAMBIL MELAWAT KE KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA
Pada 12 Julai 2012, telah diadakan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur dan Putrajaya. Lawatan ini telah dianjurkan oleh PPKI SK Sg Jejawi dengan kerjasama PPKI SK Hutan Melintang. Antara tempat-tempat yang dilawati adalah seperti berikut;
1. Pusat Sains Negara
2. Masjid Putrajaya
3. Alamanda Putrajaya
Lawatan ini memberi peluang kepada murid-murid menimba seberapa banyak ilmu dan pengetahuan melalui pengalaman melawat ke sesuatu tempat. Melalui pendedahan begini, murid bukan saja dapat pengalaman baru malah dapat membantu mereka meningkatkan keyakinan diri dan konsep kendiri yang positif apabila berada dalam linkungan masyarakat luar.
Sarapan Pagi di Kuala Selangor |
KELAS PENDIDIKAN KHAS 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)